Technology

Latest Movie :
Home » » 6 Makanan Tinggi Kolesterol Yang Anda Perlu Elak

6 Makanan Tinggi Kolesterol Yang Anda Perlu Elak

Rate it :
Kita tak perlu jadi pakar nutrisi pun, dan kita wajib tahu yang kita sepatutnya tidak makan kentang goreng dan ayam goreng rangup dengan terlalu kerap. Makan bergoreng macam ni kaya dengan garam, lemak dan kolesterol - tapi tahukah kita berapa banyak?



Gaya pemakanan yang kaya dengan kolestrol, lemak tepu dan lemak trans (trans fat) adalah punca kepada peningkatan kolestrol dalam darah. Ia juga membuatkan kita terdedah untuk menjadi mangsa serangan sakit jantung dan serangan strok mengejut berdasarkan kajian yang dilakukan oleh American Heart Association..

Makanan berasaskan daging haiwan seperti daging lembu dan produk tenusu mengandungi lemak tepu, manakala makanan dalam tin penuh dengan lemak trans (trans fat)

Anda yang suka makan fastfood dan kek-kek manis tu tak takut ke?

1. Sarapan Ideal

Telur merupakan salah satu makanan yang mempunyai kadar kolestrol yang tinggi. Tetapi kita dibenarkan mengambil telur dalam kuantiti yang sesuai. Dan jangan ditambah kandungan kolestrol dalam telur dengan campuran daging dan susu. 

Kalau buat scrambled egg tu takperlulah di tambah-tambah lagi perasa dan disedapkan lagi dengan susu. Cukup sekadar, telur dan sedikit perasa seperti garam dan lada sulah.


2. Burger Bertingkek-Tingkek Bukan Pilihan Tepat Ketika Lapar

Nak cepat, makan burger. Bosan-bosan makan burger.
Tahukah anda cheeseburger mengandungi 85mg kolestrol. Kalau dah teringin sangat makan burger, pastikan ianya hanya sekadar burger biasa. Jangan tambah cheese, jangan tambah kentang goreng atau kentang putar.


3. Makaroni & Cheese

Khas untuk ibu-ibu yang suka pelbagaikan resepi makanan anak. Makaroni & Cheese mungkin nampak sedap dan memang mudah disediakan. Tapi tahukah anda, sebenarnya anda sedang melambakkan kolestrol dan lemak tepu ke dalam tubuh keluarga anda. 

Mudahnya nak buat ahli keluarga sakit, kan?

Pastikan resepi makaroni & cheese anda menggunakan keju rendah lemak (low fat cheese).


4. Aiskrim Sebagai Pencuci Mulut.

Memang sedap nikmati aiskrim sebagai pencuci mulut, Sejuk, manis dengan rasa yang pelbagai. Kanak-kanak pun boleh habiskan 4-5scoop aiskrim dengan selamba. 

Tahukan anda, sebenarnya 1 scoop aiskrim mempunyai kadar lemak yang lebih tinggi dari pada burger dan lebih kolestrol daripada donut.

Alternatifnya, apakata kita mula amalkan mengunyah buah-buahan. Buah lebih rendah kalori, tinggi serat dan penuh dengan nutrisi yang diperlukan oleh badan. 


5. Rib Eye Steak Memang Pantang Di Tolak

Sesekali orang Pak Mail nak makan western. Lalu di orderlah Rib Eye Steak yang sungguh menyelerakan itu. 

Tapi Pak Mail tak tahu, walaupun kononnya restauran Pak Mail makan tu dah buang semua lemak, dah masak steak guna olive oil, 4 ounce steak yang Pak Mail makan tu masih mengandungi lemak tepu dan kolestrol. 

Dengan hanya makan steak, tanpa aksesori seperti fries dan coleslaw pun, Pak Mail terpaksa makan 20% melebihi had harian pengambilan lemak (daily allowance) dan akan mengambil 22% had pengambilan kolestrol. Hanya melalui 1 hidangan sedap rib eye steak.

Tapi jangan risau, kalau memang takboleh nak berpantang makan steak, anda boleh memilih bahagian lain seperti tenderloin dan flank. Jangan order rib eye lepas ni ye Pak Mail :)


6. Bagaimana Dengan Makanan Laut?

Yup, makanan laut memang mengandungi kolestrol tinggi. Jika anda memang ada penyakit jantung atau ada masalah kolestrol tinggi, sila katakan TIDAK kepada hidangan lobster walaumacammana sedap pun masakan itu.

3 ounce lobster mengandungi 61mg kolestrol. Ini belum lagi dimasak dengan butter. Jangan sesekali dekati makanan laut yang digoreng. Padahnya nanti, tanggunglah sendiri.


Memang menggigit jari juga lah kalau 6 jenis makanan ni ada depan mata, tapi kta tak boleh makan.

Terutama sekali aiskrim, rib eye steak dan lobster tu. Alahai, teringat-ingat punya lah kalau tak jamah sesudu dua. Saya faham sangat. 

Tapi memandangkan memang dah jadi tanggungjawab saya supaya anda (terutama sekali yang memang dah ada masalah ini) ingat, bahawa makan makan ni sekejap aje. Kesan dia kalau tersalah langkah boleh membawa kepada penderitaan seluruh hidup. Bukan anda sorang menderita, ahli keluarga pun sama derita tau.

WATCH OUT WHAT U EAT :)

Kepakaran saya adalah membantu anda mengurangkan atau menghalang terus kolestrol daripada masuk ketubuh sekaligus menyebabkan anda berisiko untuk mendapat pelbagai penyakit melalui pengambilan produk yang dijamin selamat, berkesan dan semula jadi.



Share this article :

+ comments + 1 comments

December 9, 2019 at 4:44 PM

Mencari Penapis Air MURAH dan Berkualiti?

Bio ULTRA ALKALINE pilihan Terbaik? Kenapa?
1 - Harga jauh lebih Murah dr Jenama-jenama terkenal.
2 - Kualiti Air setanding dgn Jenama antarabangsa.
3 - Filter2 yg berkualiti dan mendapat Sijil HALAL JAKIM
4 - Servis Berkala, ada Warranty & Design menarik
5 - Pemasangan sepantas 1-2 Hari shj (Seluruh Semenanjung)

HARGA bermula dr RM699

KAMI juga menjual semua jenis filter penapis air (Semua Model Termasuk Coway, cuckoo, Jik soo, hijrah, elken dan lain2) RM250 utk 4 Filter TERMASUK POSTAGE

http://penapis-air-bioultra.blogspot.com/

Hubungi:
0178895990 atau click http://bio.wasap.my

Post a Comment

 

Sports

Find Us On Facebook

Powered by Blogger.

Video Of Day

Flickr Images

TOP
Copyright © 2014. NyahKolestrol Anda - All Rights Reserved
Template Created by ThemeXpose