Technology

Latest Movie :
Recent Movies
View As:

Apa Itu Kolesterol Dan Selesaikannya Tanpa Steroid

Mungkin ramai rakyat Malaysia yang tidak mengendahkan tentang perkataan 'kolesterol' ni. Ye lah, benda yang kita tak nampak dengan mata kasar. Dan selagi tak terkena simptom-simptom akibat kolestrol, kita takkan cuba ambil tahu pun.

'Aku sihat je'
'Aku boleh je bangun dan pergi kerja macam biasa'

Mungkin inilah kata-kata mereka yang bersifat 'ignorance' pada kesihatan diri sendiri. Sedangkan diri sendiri sangat gemar mengambil nasi lemak dan teh tarik untuk sarapan, makan pula nasi beriyani dengan kari daging untuk tengahari, malam pula dengan hidangan tomyam seafood.

Sedap memanglah sedap, dan tanpa disedari makanan sedap ini adalah punca bermulanya kesengsaraan di kemudian hari.



APA ITU KOLESTROL?
Kolesterol, bersifat lembut dan berminyak, tidak berbau. Hadir pada setiap bahagian badan, terutamanya di dalam otak (dengan membentuk 11% dari berat keringnya), sistem saraf, kulit, hati, usus, limpa dan hormon sex.
Jadi, manusia memerlukannya di dalam proses biologi. Cuma tak boleh pada jumlah yang terlalu banyak. Menjadi lumrah, setiap unsur pada makanan perlu ada had pengambilannya.

Di dalam badan manusia sendiri, kolesterol dihasilkan oleh hati di antara 800 hingga 1000 mg sehari. Pengambilan dari makanan dikatakan sangat kecil pengaruhnya terhadap peningkatan kepekatan kolesterol badan.
Namun, mengikut apa yang disarankan oleh pakar kesihatan Amerika, pengambilan harian perlu dihadkan kepada 300 mg sahaja.
Kredit : InfoKesihatan.

Jom lihat 'rupa' kolestrol.

masalah kolesterol sebabkan salur darah tersumbat

Gambarajah bagaimana kolestrol boleh akibatkan salur darah menjadi sempat dan tersumbat.

Darah tak dapat mengalir dengan lancar dalam saluran darah yang sempit. Dan ini akan menyebabkan pelbagai komplikasi kepada kesihatan kita.


Tahukah anda apakah kesan-kesan penyumbatan salur darah dengan kolestrol ini?

Anda mungkin akan diserang dan sangat berisiko tinggi untuk penyakit;
-Jantung
-Serangan angin ahmar
-Penyakit hati
-Tekanan darah tinggi
-Ketidaksuburan

Jom saya nak share sedikit info tentang produk yang bernama Phytocol ST.


Dicipta khas untuk membantu mengatasi masalah dan risiko kesihatan seperti yang saya dah cerita di atas tadi.

Phytocol St adalah formula proprieteri yang membekalkan 2,000mg Fitosterol setiap hari.

Keistimewaan Shaklee

# Rumusan mantap dari beberapa jenis fitosterol
# Membekalkan 2,000mg fitosterol tumbuhan setiap hari
# Menepati 100% keperluan harian fitosterol uang disyirkan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)
# Tiada tambahan pengawet, pewarna, perisa atau pemanis.

PILIHAN DI TANGAN ANDA! 

Jom order Phytocol ST, KLIK DI SINI

Tahukah anda, untuk mendapatkan 2000 Fitosterol, inilah jumlah makanan yang anda perlu ambil setiap hari.
Anda mampu??

Simple dan sempoi sangat dengan Phytochol ST, kerana anda hanya perlu ambil 4 bji sahaja untuk mendapatkan keperluan 2000mg sehari.
SOALAN LAZIM TENTANG PHYOTOCOL-ST.

1) Apakah itu Phytocol ST Shaklee?
Ia adalah formula proprietari yang membekalkan 2000mg fitosterol setiap hari

2) Apa itu fitosterol?
Fitosterol (dirujuk sebagai sterol dan stanol tumbuhan) di temui dala membran sel tumbuh-tumbuhan. Ia juga boleh ditemu dalam kuantiti yang kecil dalam pelbagai tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.
Dianggarkan 200-400mg sterol tumbuhan dan lebih kurang 50mg stanol tumbuhan kita makan setiap hari.

3) Bagaimana tablet ini dapat membantu kesihatan saya?
Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2000mg fitosterol, bersama sama diet rendah lemak tepu dan rendah kolestrol disamping tinggi serat larut, bersenam dan menurunkan berat badan.

4) Bilakah masa yang sesuai untuk saya mengambil Phytocol ST?
Untuk hasil yang terbaik, ambil produk seperti yang disyorkan : 2 tablet 2 kali sehari dengan makanan

5) Bolehkan saya mengambil Phytocol ST dengan Omega Guard pada masa yang sama?
YA. Tiada sebab kenapa anda tidak boleh mengambil kedua-dua produk ini demi menjaga kesihatan anda.
Anda juga boleh mengambil CoqHealth yang boleh mengoptimumkan manfaat Phytocol ST.

6) Adakah produk ini hanya sesuai untuk mereka yang mempunyai paras kolestrol yang tinggi sahaja?
Phytocol ST dapat membantu mengawal paras kolestrol dalam tubuh. Oleh itu ia disarankan kepada sesiapa sahaja yang ingin menjaga kesihatan mereka.

7) Adakah Phytocol ST bebas gluten?
YA.
Jadi, jika anda sudah faham bagaimana Phytocol ST membantu menjaga kesihatan anda, jangan tunggu lagi. Dapatkan dan segera amalkan Phytocol ST dan jadilah rakyat Malaysia yang sihat.

Hubungi kontek info dibawah untuk sebarang pertanyaan tentang Phytocol ST.

Jangan lupa KLIK SINI jika anda dah buat keputusan untuk hidup sihat tanpa lebihan kolestrol jahat dalam tubuh anda.


Rate it :

Cara Turunkan Kolesterol Yang Efektif, Sampai Anda Tak Perlu Elak Makan

Bacaan untuk orang yang suka sangat makan, tapi sedang mencari-cari cara turunkan kolestrol.

Risau juga tengah sedap-sedap makan tiba-tiba kena strok atau serangan jantung padahal anak-anak masih kecil dan perlukan perhatian. Bayangkan sepatutnya kita yang uruskan anak, tapi terpaksa serahkan pada orang lain atas alasan kita tak mampu lagi han handle mereka.



Nak buat macam mana, Malaysia memang kaya dengan pelbagai menu makanan sedap. Bermula dari sarapan - minum pagi - lunch - minum petang - makan malam - supper, lengkap dengan pelbagai makanan sedap, tapi AWAS kerana kebanyakan makanan orang Malaysia tinggi kolestrol. 

Contoh paling senang la, setiap kali breakfast mesti nak makan nasik lemak dengan air teh tarik. Setiap hari, selama berpuluh-puluh tahun... hmmmmm 

Tengok sahaja bacaan kalori bagi setiap jenis makanan breakfast kita ni

APAKAH KOLESTROL?

Sebenarnya memang tubuh kita memerlukan sejumlah kecil kolestrol untuk berfungsi dengan baik. Salah satu fungsi kolestrol adalah untuk membantu proses pembentukan sel yang sihat. 

Fungsi lain kolestrol:
  • membentuk hormon seks
  • membentuk hormon korteks adrenal yang digunakan untuk menjana keseimbangan metabolisme dan kandungan garam dalam badan.
  • membantu perkembangan otak dan saraf
  • membantu penghasilan Vitamin D untuk kesihatan tulang
  • sebagai bahan dalam pembentukan asid hempedu yang berfungsi untuk meningkatkan pembuangan lemak dari tubuh.
Tubuh kita hanya memerlukan sedikit sahaja kolestrol. Tapi malangnya, akibat dari tabiat suka makan, makanan berlemak berminyak bergoreng pulak tu, akhirnya tubuh ditimbuni banyak kolestrol yang tidak diperlukan. 

Akhirnya kolestrol ini membentuk plak pada arteri (salur darah) dan meningkatkan risiko kita diserang pelbagai jenis penyakit kronik lain seperti serangan strok, serangan sakit jantung, kegagalan buah pinggan dan diabetes. 

cara turunkan kolestrol
Contoh salur darah yang telah di'sempit'kan oleh plak yang dihasilkan oleh kolestrol.
TESTIMONI TURUNKAN KOLESTROL DALAM MASA SEBULAN.

Nak share sikit, perkongsian Puan Rozita dari Temerloh cara turunkan kolestrol suaminya hanya dalam masa sebulan. Doktor pun dah tak perlu bekalkan ubat kolestrol untuk suami beliau.



So nampak kan bagaimana Puan Rozita dan suami sangat concern akan kesihatan mereka.

Takmahu berterusan dengan masalah kolestrol ni. Beliau nasihatkan, suami isteri mesti sentiasa aware dan beware, kena pergi buat checkup paras kolestrol.

Ok jom sambung balik baca bahan ilmiah tentang kolestrol

TANDA & GEJALA INDIVIDU YANG ADA PARAS KOLESTROL TINGGI

Biasanya orang yang mempunyai paras kolestrol yang tinggi tidak menunjukkan tanda dan gejala yang obvious. Cuma berkemungkinan mereka akan mengalami;
  • Sakit dada (angina) apabila salur darah mulai tersumbat dan aliran darah tidak berjalan dengan baik.
  • Rasa sakit pada bahagian pada betis apabila berjalan pada jarak tertentu akibat salur darah semakin sempit.
  • Sering berasa sakit kepala dan pening kerana arteri yang sempit tidak mampu mengalirkan darah dan oksigen dengan baik ke otak.
  • Strok atau mini strok -berlaku akibat pendarahan pada salur darah
  • Bintilan kecil berwarna kuning pada kulit terutama sekali disekitar mata (xanthoma) - berlaku akibat penggumpalan lemak
bintik kolestrol pada mata
Contoh bintik-bintik lemak pada mata (xanthoma)
Diatas tadi saya ada sebut tentang pola pemakanan yang menjadi penyebab utama kolestrol tinggi. Sekarang saya nak share beberapa lagi penyebab kolestrol tinggi. Ada banyak sebab ye.

Jadi kena tengok-tengok juga jika apa yang ada dalam list ni adalah perkara yang kita buat tanpa sedar.

PENYEBAB KOLESTROL NAIK TINGGI.

1. Pola Pemakanan Tidak Sihat. Berbalik pada bebelan saya dekat atas tu, Makan nak sedap-sedap tanpa mengira terlebih lemak, terlebih goreng. Sup-sup taknak tak sedap katanya. Eh terbebel lagi. :P

2. Merokok. Tanpa disedari rupanya merokok dapat menurunkan kadar HDL (kolestrol baik) secara perlahan-lahan. Dapatkan Cara Berhenti Merokok Efektif Ini.

CARA ELAK SERANGAN STROK
BAHAYA MEROKOK!

3. Obesiti. Memang sebahagian besar orang yang ada kolestrol tinggi adalah orang yang obes.
Dalam tubuh orang obes berlaku pengumplan lemak yang menyebabkan meningkatnya kadar trigliserida yang menurunkan kadar HDL (kolestrol baik).

4. Kurang Bersenam. Aktiviti bersenam akan menggalakkan pembakaran lemak LDL (kolestrol tak baik) dan meningkatkankan kadar HDL (kolestrol baik). Jadi kalau kurang bersenam, proses sebaliknya yang akan berlaku. Dah lah kuat makan menambah LDL, tak mahu bersenam untuk bakar LDL maka berkumpullah semua LDL menjadi semakin banyak dan banyak.

5. Usia Dan Gender. Umumnya lelaki berumur 40tahun keatas lebih mudah mendapat paras kolestrol yang tinggi berbanding wanita.


CARA TURUNKAN KOLESTROL

So kalau anda dah cek simptom dan cek jika anda tergolong dalam kategori kolestrol tinggi, inilah dia tips-tips yang anda PERLU lakukan demi nak elakkan diri daripada terkena serangan STROK.

1. ATUR POLA PEMAKANAN ANDA
Cara yang ini memang sepatutnya semua orang tahu. Doktor advise jaga makan. Nurse advise jaga makan. Kurangkan pengambilan makanan berlemak berlebihan. Banyakkan cara masakan yang menggunakan kurang gula dan garam. Ambil lebih banyak serat makanan. Atau kalau rasa susah sangat, jangan lupa tiru cara Puan Rozita, ambil Phytocol ST.

2. BERHENTI MEROKOK SEKARANG!
Merokok bukan sahaja meningkatkan kolestrol jahat, malah boleh menyebabkan radang paru-paru, dan punca pelbagai kanser. Lebih teruk, ahli keluarga anda yang lain juga akan turut menumpang penyakit akibat rokok anda. Saya ulang balik Cara Berhenti Merokok Efektif Ini.

3. KAWAL BERAT DAN AMALKAN SENAMAN RUTIN
Terutama sekali untuk anda yang tergolong dalam golongan obes. Boleh cuba aktiviti berjalan atau berjoging selama 30minit sehari untuk 3kali seminggu. Kalau nak rasa fun ketika beriadhah, boleh join aktiviti Larian Amal / Fun Run / Marathon yang dianjurkan oleh banyak badan kesihatan sekarang. Tak semestinya jadi pemenang, tapi lebih kepada untuk melatih diri seronok dengan aktiviti senaman. Tapi kalau nak cuba jadi juara, boleh la apply Tip Habiskan Marathon 10km ini.

4. JANGAN CULAS MAKAN UBAT JIKA DIBEKALKAN OLEH DOKTOR.
Kalau dah tahap kena ambil ubat, pastikan anda mengikut arahan Doktor. Jangan culas!

5. AMALKAN SUPLEMEN SHAKLEE YANG BOLEH TURUNKAN KOLESTROL
Terdapat beberapa jenis vitamin yang akan saya syorkan, setiap satunya mempunyai fungsi tertentu dalam mengawal paras kolestrol

Phytocol ST (seperti yang Puan Rozita kongsi dalam video tadi)
Ia berfungsi untuk terus menghalang molekul-molekul kolestrol dari masuk ke dalam salur darah kita. Kolestrol tersebut akan terus disingkarkan keluar melalui pembuangan air besar / kecil. Biasanya orang yang ambil Phytocol ST mendapati najis mereka seperti berminyak, tanpa molekul kolestrol telah disingkirkan.


Omega Guard (Dapatkan segera item promosi bulan ini)

Minyak ikan tulen Omega3 yang dihasilkan melalui sistem penyulingan berperingkat mampu membantu 'mengikis' plak kolestrol yang telah melekat pada salur darah kita.

Pengambilan 3biji Omega Guard secara konsisten setiap hari membantu kita bebas daripada risiko serangan jantung dan strok apabila laluan untuk darah dan oksigen telah kembali lebar macam highway.


Lecithin (suplemen berharga RM52 sebotol yang bagus untuk otak juga)

Berfungsi untuk mengemulsi lemak, menurunkan total serum kolestrol dan meningkatkan kolestrol HDL (kolestrol baik).

Jika ambil Lecithin dengan rutin dalam dos yang betul, anda juga melompat girang sebab anda dapati berat semakin turun dan seluar jeans semakin longgar. BONUS kan?


AKHIR KATA.

Semoga apa yang saya kongsikan dalam entry ini membantu anda untuk memastikan diri bebas dari risiko penyakit berbahaya dan serangan-serangan tak terduga macam strok dan sakit jantung tu.

Orang gemuk memang risau, orang kurus jangan ingat anda selamat sebab kolestrol tak kenal sangat saiz badan. So buat lah health checkup secara berkala, atleast 1kali dalam masa 6bulan.

Bayangkan jika anda adalah ibu atau bapa kepada anak-anak yang masih bersekolah dan memerlukan perhatian dari kedua orangtuanya, apa akan terjadi kalau tiba-tiba si ayah kena strok akibat kolestrol tinggi. Tentu sukar, kan?

Kalau nak beli Set Turunkan Kolestrol atau produk lain yang super duper lebih jimatkan poket anda. Baca dekat sini.


Rate it :

6 Makanan Tinggi Kolesterol Yang Anda Perlu Elak

Kita tak perlu jadi pakar nutrisi pun, dan kita wajib tahu yang kita sepatutnya tidak makan kentang goreng dan ayam goreng rangup dengan terlalu kerap. Makan bergoreng macam ni kaya dengan garam, lemak dan kolesterol - tapi tahukah kita berapa banyak?



Gaya pemakanan yang kaya dengan kolestrol, lemak tepu dan lemak trans (trans fat) adalah punca kepada peningkatan kolestrol dalam darah. Ia juga membuatkan kita terdedah untuk menjadi mangsa serangan sakit jantung dan serangan strok mengejut berdasarkan kajian yang dilakukan oleh American Heart Association..

Makanan berasaskan daging haiwan seperti daging lembu dan produk tenusu mengandungi lemak tepu, manakala makanan dalam tin penuh dengan lemak trans (trans fat)

Anda yang suka makan fastfood dan kek-kek manis tu tak takut ke?

1. Sarapan Ideal

Telur merupakan salah satu makanan yang mempunyai kadar kolestrol yang tinggi. Tetapi kita dibenarkan mengambil telur dalam kuantiti yang sesuai. Dan jangan ditambah kandungan kolestrol dalam telur dengan campuran daging dan susu. 

Kalau buat scrambled egg tu takperlulah di tambah-tambah lagi perasa dan disedapkan lagi dengan susu. Cukup sekadar, telur dan sedikit perasa seperti garam dan lada sulah.


2. Burger Bertingkek-Tingkek Bukan Pilihan Tepat Ketika Lapar

Nak cepat, makan burger. Bosan-bosan makan burger.
Tahukah anda cheeseburger mengandungi 85mg kolestrol. Kalau dah teringin sangat makan burger, pastikan ianya hanya sekadar burger biasa. Jangan tambah cheese, jangan tambah kentang goreng atau kentang putar.


3. Makaroni & Cheese

Khas untuk ibu-ibu yang suka pelbagaikan resepi makanan anak. Makaroni & Cheese mungkin nampak sedap dan memang mudah disediakan. Tapi tahukah anda, sebenarnya anda sedang melambakkan kolestrol dan lemak tepu ke dalam tubuh keluarga anda. 

Mudahnya nak buat ahli keluarga sakit, kan?

Pastikan resepi makaroni & cheese anda menggunakan keju rendah lemak (low fat cheese).


4. Aiskrim Sebagai Pencuci Mulut.

Memang sedap nikmati aiskrim sebagai pencuci mulut, Sejuk, manis dengan rasa yang pelbagai. Kanak-kanak pun boleh habiskan 4-5scoop aiskrim dengan selamba. 

Tahukan anda, sebenarnya 1 scoop aiskrim mempunyai kadar lemak yang lebih tinggi dari pada burger dan lebih kolestrol daripada donut.

Alternatifnya, apakata kita mula amalkan mengunyah buah-buahan. Buah lebih rendah kalori, tinggi serat dan penuh dengan nutrisi yang diperlukan oleh badan. 


5. Rib Eye Steak Memang Pantang Di Tolak

Sesekali orang Pak Mail nak makan western. Lalu di orderlah Rib Eye Steak yang sungguh menyelerakan itu. 

Tapi Pak Mail tak tahu, walaupun kononnya restauran Pak Mail makan tu dah buang semua lemak, dah masak steak guna olive oil, 4 ounce steak yang Pak Mail makan tu masih mengandungi lemak tepu dan kolestrol. 

Dengan hanya makan steak, tanpa aksesori seperti fries dan coleslaw pun, Pak Mail terpaksa makan 20% melebihi had harian pengambilan lemak (daily allowance) dan akan mengambil 22% had pengambilan kolestrol. Hanya melalui 1 hidangan sedap rib eye steak.

Tapi jangan risau, kalau memang takboleh nak berpantang makan steak, anda boleh memilih bahagian lain seperti tenderloin dan flank. Jangan order rib eye lepas ni ye Pak Mail :)


6. Bagaimana Dengan Makanan Laut?

Yup, makanan laut memang mengandungi kolestrol tinggi. Jika anda memang ada penyakit jantung atau ada masalah kolestrol tinggi, sila katakan TIDAK kepada hidangan lobster walaumacammana sedap pun masakan itu.

3 ounce lobster mengandungi 61mg kolestrol. Ini belum lagi dimasak dengan butter. Jangan sesekali dekati makanan laut yang digoreng. Padahnya nanti, tanggunglah sendiri.


Memang menggigit jari juga lah kalau 6 jenis makanan ni ada depan mata, tapi kta tak boleh makan.

Terutama sekali aiskrim, rib eye steak dan lobster tu. Alahai, teringat-ingat punya lah kalau tak jamah sesudu dua. Saya faham sangat. 

Tapi memandangkan memang dah jadi tanggungjawab saya supaya anda (terutama sekali yang memang dah ada masalah ini) ingat, bahawa makan makan ni sekejap aje. Kesan dia kalau tersalah langkah boleh membawa kepada penderitaan seluruh hidup. Bukan anda sorang menderita, ahli keluarga pun sama derita tau.

WATCH OUT WHAT U EAT :)

Kepakaran saya adalah membantu anda mengurangkan atau menghalang terus kolestrol daripada masuk ketubuh sekaligus menyebabkan anda berisiko untuk mendapat pelbagai penyakit melalui pengambilan produk yang dijamin selamat, berkesan dan semula jadi.



Rate it :

Peria bersihkan darah

Sebut sahaja peria , pastinya ramai yang membayangkan kepahitannya. Bak kata orang tua yang pahit itulah ubat. Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia diakui sejak zaman dahulu lagi akan khasiatnya dalam perubatan tradisional berasaskan herba.
Terdapat dua jenis peria iaitu peria biasa yang berbentuk panjang dan juga peria ‘katak’ yang bersaiz lebih kecil.
Kebiasaannya, pokok peria ini mudah didapati di negara-negara beriklim tropika yang panas dan khatulistiwa seperti di negara kita, Indonesia, Sri Lanka, India dan Filipina.
Sayur peria amat diminati oleh masyarakat Cina. Walaupun pahit tetapi mempunyai banyak khasiat.
Bagi mengurangkan rasa pahit, peria direndam dalam air garam terlebih dahulu sebelum dimasak.
Habitat pokoknya memanjat menggunakan sulur paut manakala daunnya bersaiz sederhana mengandungi lima cuping dan berbau langu.
Bunganya berwarna kuning sementara buahnya pula ada yang berbentuk panjang dan bujur, bergantung kepada benih dan jenisnya, namun yang pasti peria mempunyai kulit yang berkedut-kedut.
Berdasarkan kajian, setiap 100 gram peria mengandungi 0.8 gram protein untuk membina tisu badan, 2.9 gram karbohidrat untuk tenaga, 0.9 gram fiber untuk penghadaman dan 56 miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang.
Lain-lain kandungan peria ialah lemak dan mineral. Peria juga boleh mencuci darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan gatal-gatal. Caranya ialah dengan meminum segelas perahan buahnya yang dicampur dengan perahan limau nipis. Lakukan amalan ini selama tiga hingga empat bulan.
Ini boleh membantu mereka yang mengalami masalah gout, lelah, darah tinggi dan kencing manis. Bagi mereka yang mengalami masalah ketagihan alkohol, anda boleh cuba meminum perahan daunnya.
Perahan yang sama juga boleh digunakan untuk mengubati buasir. Caranya ialah mencampurkan perahan air daun peria dengan segelas susu dan amalkan selama sebulan; manakala akarnya dilumatkan dan airnya disapukan pada bahagian buasir.
Walaupun pahit, peria mengandungi tonik yang bertindak sebagai julap dan membuka selera makan. Selain itu, ia juga boleh dijadikan ulam oleh wanita yang baru bersalin untuk menambah susu badan.

Rate it :

Kolesterol Tak Kenal Saiz Badan

Teringat saya akan perbualan saya dengan suami di suatu hari. Suami bercerita tentang perbualannya dengan beberapa orang rakannya yang masing-masing mempunyai penyakit kencing manis. Kesian juga, seorang dua dari mereka dah sampai tahap perlu menyuntik insulin sendiri.

Tiba-tiba salah seorang dari mereka berkata kepada suami:
"Kau jgn ingat kau kurus, kau takde penyakit. Cuba kau check tahap kolestrol kau tu"

Tergelak pula saya dengar cerita suami saya. Suami saya memang dalam kategori kurus. Dalam masa yang sama saya turut mengiyakan kata-kata kawan suami saya tu. Jadi saya ajak suami pergi buat general medical checkup di farmasi berhampiran opis saya. Hasilnya benar, paras kolestrol suami agak tinggi dari paras sepatutnya.


Pakar Diet Hospital Pusrawi, Mazuin Kamarulzaman berkata, kolesterol tidak boleh dilihat dengan mata kasar kerana ia berada dalam saluran darah.

”Hanya melalui profil lipid yang menerusi ujian darah yang merangkumi jumlah kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL), Kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan trigliserida dapat mendapatkan jumlah sebenar kolesterol dalam tubuh,” katanya.

Katanya, sebaik-baiknya kandungan kolesterol dalam badan seseorang dewasa itu perlu di bawah 5.2 mmol/L.

”Kolesterol pula terbahagi kepada dua iaitu kolesterol jahat yang merujuk kepada LDL dan kolesterol baik pula HDL,” katanya.

Katanya, kolesterol jahat iaitu LDL akan membuatkan pembuluh darah tersumbat manakala HDL akan membawa kolesterol ke pembuluh darah untuk dibawa ke hati dan seterusnya akan dikeluarkan dari tubuh.
Sehubungan itu katanya, seseorang itu perlu menjaga tahap kolesterol di dalam darah supaya berada keadaan terkawal.

Artikel ini dipetik dari Utusan Malaysia, oleh Sholina Osman


picture credit : KevinZahri

Ahli farmasi tersebut mencadangkan suami agar mengambil Lecithin dalam diet seharian untuk menjaga paras kolestrol.

Saya menolak produk yang dicadangkan olehnya kerana saya turut mengamalkan Lecithin Shaklee dalam diet seharian saya. Jadi lepas ni saya hanya perlu menghulur kapsul Lecithin kepada suami saya.



Disamping pengambilan Lecithin, gaya pengambilan makanan juga perlu dijaga supaya kita tidak mengambil makanan yang berlemak, berminyak dan akhirnya akan meningkatkan kadar kolestrol dalam badan.

Antara makanan yang perlu dielak adalah :

-Makanan yang mengandungi lemak tepu seperti daging, produk tenusu, santan, minyak kelapa sawit, ais krim, coklat dan susu pekat manis kerana ia boleh meningkatkan paras kolesterol jahat (LDL)

-Makanan yang mengandungi lemak trans (lemak terhidrogen) yang terkandung dalam makanan komersial tersedia seperti kek, biskut, snek, mentega kacang dan makanan berproses seperti sosej, pai, nugget, burger dan donut yang mengandungi kolesterol jahat (HDL).

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.
Rate it :
 

Sports

Find Us On Facebook

Powered by Blogger.

Video Of Day

Flickr Images

TOP
Copyright © 2014. NyahKolestrol Anda - All Rights Reserved
Template Created by ThemeXpose